Home » , » Lelaki maut kemalangan, kereta hilang kawalan

Lelaki maut kemalangan, kereta hilang kawalan

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 18 December 2016 | 16:20

Keadaan kereta mangsa selepas bertembung dengan Perodua Myvi.

MARANG - Bapa seorang anak maut selepas kereta jenis Honda dipandu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah Perodua Myvi di Kilometer 16, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di Kijing di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa, Abdul Wahi Sulaiman, 35, dalam perjalanan dari Alur Tuman di sini untuk pulang ke rumah bertemu isteri dan anak tunggalnya di Manir, Kuala Terengganu.

Mangsa sebelum itu, pulang ke rumah keluarganya pada malam Khamis lalu dan sudah menjadi rutin mingguannya pulang menjenguk ibunya dan bermalam di Alur Tuman namun kali ini tidak membawa isteri dan anaknya bersama.

Namun apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan dan merempuh kereta Perodua Mywi sehingga kereta mangsa terbalik.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali yang mengesahkan menerima laporan berkata, mayat mangsa itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik di hospital sama untuk dibedah siasat.

"Jenazah mangsa juga telah dituntut ahli keluarganya pada pagi ini dan kes kemalangan itu kini disiasat mengikut Sesyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, pemandu kereta Perodua Myvi mengalami patah paha manakala tiga lagi penumpang dalam kenderaan itu mengalami cedera ringan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, malam kejadian.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger