Home » » Kaki kontraktor hampir putus ditetak dua lelaki

Kaki kontraktor hampir putus ditetak dua lelaki

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 18 October 2015 | 04:10


BESUT - Seorang kontraktor menanggung kesakitan apabila ditetak dua lelaki tidak dikenali ketika berjalan kaki pulang ke rumah dalam kejadian berhampiran Pasar Kampung Raja, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 12.30 pagi itu, mangsa ditetak berulang kali di bahagian tangan dan kakinya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, sebelum kejadian, mangsa berusia 56 tahun sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran setelah selesai minum di kedai kopi depan pasar Kampung Raja.

Menurutnya, tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghampirinya lalu menetak mangsa   bertalu-talu menggunakan senjata tajam.

“Selepas tetak mangsa suspek terus melarikan diri dengan motosikal... mangsa yang rebah berlumuran darah dan separuh sedar telah dibawa ke Hospital Besut oleh ahli keluarganya yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian selepas dimaklumkan tentang kejadian itu.

“Akibat ditetak, betis kiri dan atas buku lali kaki kanan mangsa hampir putus, sementara bahagian siku tangan kiri pula separuh putus selain mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan,” katanya.

Khaled berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan tidak pasti nombor pendaftaran dan jenis motosikal yang dinaikinya.

Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan kerana mangsa memberitahu tidak mempunyai musuh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah.

Sementara itu, kes ini merupakan kejadian tetak kedua berturut-turut di daerah ini apabila sehari sebelum itu seorang pemandu bot di Pulau Perhentian berusia 23 tahun turut mengalami kecederaan parah apabila kakinya ditetak bertubi-tubi dalam kejadian
di luar sebuah kedai gunting di Kampung Pachakan, Kuala Besut.

Khaled dalam pada itu, menegaskan polis memandang serius kejadian tetak di daerah ini  seterusnya merangka strategi untuk memburu suspek terlibat dan menangani kes ini sebaik mungkin.
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger